top of page
Testimoni

Testimoni Peserta

Di bawah adalah sebahagian daripada testimoni antara ramai-ramai peserta yang berjaya mencapai kejayaan menerusi program ini :-

gambar anda (sekiranya diizinkan) juga akan diletakkan disini untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa untuk kurus itu adalah SANGAT MUDAH.

testimoni2.jpg

Assalamualaikum, Saya Laila Othman berumur 56 tahun telah mengikuti ELWO sejak dari Sesi 50. Bekerja sebagai Guru, saya kurang mempunyai masa untuk menjaga diri saya seperti yang sepatutnya. Kesibukan kerja menyebabkan saya makan apa sahaja yang terdapat di kantin tanpa mengambil kira kebaikan atau keburukan makanan tersebut kerana pilihan yang terhad. Saya bukan seorang yang kuat makan tetapi saya sangat menggemari makanan dan minuman manis. Pelbagai diet telah saya cuba tetapi hasilnya menghampakan kerana kurang motivasi. Alhamdulillah, sejak mengikut program ini, perasan untuk makan makanan dan minuman manis telah tiada. Saya telah berjaya mengurangkan 13.4kg dari berat asal saya iaitu 108.9kg. Sekarang saya rasa lebih sihat dan bertenaga. 

Program ini sangat bagus kerana kita mendapat banyak ilmu tentang pemakanan untuk mengurangkan berat badan secara sihat dan terkawal. Meal Plan yang diberi sangat sedap dan pelbagai. Terdapat juga panduan membeli belah di sertakan supaya memudahkan kita untuk memilih bahan makanan yang sihat. Saya sangat bersyukur disebabkan program ini saya tahu menu apa yang boleh di makan untuk membantu proses pengurangan berat badan. Terima kasih juga pada coaches yang sentiasa mengingatkan diri ini untuk sentiasa on track dan tidak kelaut. Inilah antara kelebihan program ini yang paling saya suka dan hargai. Rasa sangat bertuah sebab dipertemukan dengan program dan group ini. 

 

Jika selama ini saya cepat rasa nak give up bila berdiet, kali ni saya dapat peringatan harian. Bila join program ni, semua orang mesti ingat untuk baca segala info yang coach kongsikan dan yang paling utama mesti lah dengar voice note daripada Coach setiap hari.

Salam newbies 🥰, Akk juwita umur 51 thn lebih senang dgn panggilan kak ita.

 

Akk join session 47.. (65kg) Capai ideal weight mid of session 49 (55.5kg). Akak nak cakap simple je agar uolls semua senang nak ingat migrin: Nak kurus senang je ada byk cara tinggal pilih je yg mana berkenan..

 

Tp real problem occurred lepas kita kurus...cemana nak maintain figure kurus kita tu kan... Sebulan dua boleh le lagi tahan nak makan kegemaran, bolehlah lagi gi slimming center,

boleh la lagi ambil ubat kurus etc..

 

Tp kalau dah 5 6 bulan poket pun nipis, badan pun jadi haywire....haaaaaa inilah kelebihan program ni... Uolls disediakan dgn ilmu pemakanan yg sihat cara pengawalan berat badan yg betul..cantik luar dalam la senang cakap... Tak caya cer try ikut rapat2 apa yg coach2 ajar... Akak dulu pun bam2 mcm uolls...mcm gambar akak yang pakai baju kuning n pink tu.. Haaaa bila dah dapat pinggang kerengga baru boleh test market pakai baju ala2 Saloma

testimoni1.jpg
rosnah.jpg

Assalamualaikum... Saya Rosnah @ kak ros umur 50thn.

 


Terdetik di hati nak join program ni bila berat badan naik mendadak dari 58kg ke 68kg sejak awal tahun 2018. Dah cuba mcm2 nak kuruskan badan. Kak ros pun ada masalah kolestrol yg tinggi 7++.

 


Syukur Alhamdulillah setelah join dari sesi 47 berat turun dah jadi 63kg yg penting kolestrol pun turun jadi 5. Bersyukur sangat2 kesihatan pun bertambah baik.

 

InsyaAllah akan terus istiqamah amalkan pemakanan sihat untuk capai berat ideal dan kesihatan yg baik. Tahniah juga pada coach2 yg x jemu2 memberi bimbingan.

eija.jpeg

​“Ibu kpd 5 org anak, tak tersangka boleh kurus..”


“Assalamualaikum Saya Eija Peserta Program Sesi 31-33 Berumur 39 Thn ..Mempunyai 5 org Cahayamata ... Sebelum menyertai program ni ada buat diet sendiri tapi kelaut ..

 

Bnyk duit habis beli ubat2 kononnya boleh KURUS 😩.. Tapi berat badan makin Menjadi2 Naik macam Apam
“Satu hari nak dijadikan cerita Terjumpa dgn coach, dia terangkan secara detail mengenai program ni ..

 

So Eija Tertarik sbb bnyak testimony dari peserta2 lain ..Sejak dari hari tu SEMANGAT NAK KURUS tu Makin Berkobar2 ! 🤣💪🏻 .. Macam Tak percaya jer ... BAYANGKAN Selama 4 HARI Jer Boleh Lost Weight Sebanyak 4.5 KG .. Memang GILER la Programme Ni ..Tak Sia2 Ikut MEAL PLAN rapat2 !! Selalu Dengar Voice Note Yg Selalu Coach Share ..

 

Alhamdulillah Semua Tak Sia2 .. Sekarang Lihat Hasilnya .. KEBAYA MERAH DAH LAMA MENUNGGU AKU PAKAI 😂💃🏼!

 

Sekian Sedikit sebanyak kisah Dari Saya.. ☺🙏🏻🌹

zaa.jpg

Assalamualaikum, Saya Zaa 31thn, berasal dari Pahang.
Zaa berazam nak turunkan berat Badan selepas anak2 yang berusia 4 dan 6 tahun, bertanya, "Ibu, nape perut ibu besar? ada baby ke?" :sweat:.. pernah jgk tanya.. "ibu, bila baby nak keluar dari perut ibu"?..
Zaa ada banyak *BIG WHY* untuk lost weight, salah satunya Zaa nak pregnant semula..:heart_eyes:..anak2 Zaa memang tak sabar nak dapt adik baru.. selain tu banyak lagi.. kalu nak listkan semua memang panjang.. Tapi yang penting nak lost weight sebab nak SIHAT..


Alhamdulillah.. Syukur sgt.. suami izinkan Zaa menyertai program ELWO.. dia lah penyokong dan semangat Zaa yang utama..🥰
*MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah* sekarang ini Zaa dah lost almost *9.1KG*, dari sesi 50. Berkat Bimbingan Motivation dan Guide from Awesome Coach Linda, Coach Saa, Team Coach dan Senior Coachee Amazing, yang telah membuat Zaa berusaha gigih untuk follow apa yang coach dah plan dan selalu berada di dlm group dan bersesi kerana dari situ Zaa dapat belajar banyak perkara mengenai cara berdiet dengan betul dan kekalkan gaya hidup yang sihat.. tapi kalau Zaa buat alone, mmg ke laut lah Zaa ini... sebab sebelum ni dah pernah cuba diet sendiri.. tp tak pernah berjaya..malah berat badan mangkin naik.. sbb tu Zaa bersyukur sgt dapat menyertai program ini.. Zaa blh belajar cara makan dan gaya hidup yang sihat.. dan yang paling best.. berat mangkin turun.. *BONUS*🥰🤩


Key point Zaa simple je.
*Niat Tawakkal Istiqomah dan berusaha serta jangan putus asa*
Importanly
*Dont Skip Breakfast*
*Follow MP (meal plan)*
*Minum Air Putih sebanyak yang boleh*
*Exercise setakat yang mampu, dont force*


Lastly from Zaa,
*Dont Cheat if you LOVE your BODY* .. sebab yg rugi bukan Coach dan kawan lain, yg rugi diri kita sendiri.


*letdoitnow*
*dontgiveup*

aminah.jpeg

Assalammualaikum..

 

Saya Aminah join program edisi 37 pada awal bulan September. Pada mula saya tak begitu yakin dengan program ni. Bila fikir tahan ke nak diet ni dengan nak fully breast feeding anak. Dengan kerja shift malam mesti nak makan.

 

Macam2 bermain difikiran. Bermula dengan sakit lutut, cuba untuk diet sendiri. Tapi tidak berjaya. Akhirnya saya tekad nak kurus, nak perbaiki kesihatan diri dan nak kelihatan cantik.

 

Alhamdulillah apabila saya bercerita dengan coach Lin.  Coach Lin banyak beri tunjuk ajar. Saya seronok join grup dan terkejut kerana plan pemakanan dalam edisi ni sangat amazing. Dengan perkongsian tips2 yang berguna akhirnya saya dapat berat yang saya inginkan.

 

Terima kasih tak terhingga pada Coach Lin😘

Aziyatie.jpg

​Assalamualaikum..Saya Nor Aziyatie Esmaail berumur 37 tahun, ibu kpd 4 org cahayamata. Bekerja sebagai guru dan telah mengikuti ELWO dari sesi 50.


Alhamdulillah telah berjaya turun berat sebanyak 5.6kg dengan inchloss yang agak banyak..alhamdulillah juga baju telah pun bertukar dari size L ke S..
Sejak mengikuti program ini tahap kesihatan semakin baik.

Bacaan kolestrol telah turun dari 6.4 ke 4.9..


Pelbagai jenis diet telah saya buat tanpa ilmu yang betul. Tetapi program ini sangat banyak menambah ilmu saya untuk menjadi lebih sihat n extra credit turun berat badan. Terima kasih kepada semua coach tidak jemu dan sangat sabar membimbing menuju kehidupan yang lebih sihat. Saya akan cuba lebih lagi untuk mencapai ideal weight. Saya tanamkan dalam diri jangan jemu atau putus asa untuk sihat.

saa.jpg

Assalamualaikum. Nama saya Saadiah bole panggil Saa, berumur 31tahun. Berasal dari Terengganu.


MasyaaAllah tabarakallah Alhamdulillah.
Saa bermula sebagai Coachee pd sesi 44. Lost Weight sebanyak 19kg.. Alhamdulillah..Saa join program ni sebab Saa obese tahap 2, sebelum join program nak turun 1KG punya lah susah, badan letih, lesu, kuat makan, suka tidur siang, sekarang Alhamdulillah lebih bertenaga, berdisiplin dan ceria",


Dan saa juga mengalami masalah migraine yg teruk..tiap2 bulan sambung ubat.. Alhamdulillah, sekarang langsung dah tak ambil ubat dah. Terima kasih pada coach Taha.. iaitu coach Saa dan all team coach for the support. Untuk semua new coachees and seniors, buat yg terbaik untuk diri anda sendiri. InsyaAllah dgn semua pengetahuan dan bimbingan dari team coach anda di sini. .. pasti result anda pun TERBAIK PADA HUJUNG SEASON NANTI!!

zulaika.jpg

Assalamualaikum semua 🥰 Saya Zulaika, boleh panggil Ika. Ika berusia 25 Tahun dan berasal dari Pahang.


Ika bermula sebagai coachee program pada sesi 44..Coach ika adalah Coach Nizal. Ika join program ini sebab ika ada masalah berat badan yang berlebihan. Dulu ika cepat penat, cepat lesu, asyik mengantuk, sampaikan ika pernah masuk hospital disebabkan bacaan darah yang tinggi.
 

Disebabkan masalah berat badan ini, Sampai satu tahap ika tiada keyakinan diri.
Alhamdulillah.. Setelah join program ini, ika
berjaya turunkan berat sehingga 11kg dlm tempoh 3bulan dan masalah kesihatan pun dah ok.. Sekarang, ika lebih yakin dengan diri ika sendiri. Buat semua, tahniah kerana anda dah buat keputusan untuk berada disini dalam sesi 49! Saya doakan yang terbaik untuk semua. Everyone Lose Weight Online.

bradik.jpeg

Testimoni yg awesome😍 Sekali masuk program,, terus ajak adik kakak mak mak sedara sepupu sepapan semua join sekali 🤩jom kita baca apa sharing nya😍

 

Masyaallah tabarakallah sudah genap setahun bersama program dan berat still maintain. Ilmu yang sgt berguna kepada kami.


Suatu ketika dahulu kami tidak menyangka akan dapat kurus, kerana mitos yg kata kalau dah beranak secara c-section susah nk kurus.. Masyaallah telah terbukti ia hanya mitos semata-mata.
Bagi yg mempunyai masalah seperti kami dulu, saya mengalu-alukan semua utk join program dan tgk sendiri hasilnya.

 

😍 Alhamdulillah.

saharudin.jpg

Assalamualaikum coach linda dan coach2 yg lain.✋🏻🤚🏻

 

Alhamdulillah ingin mengambil ksempatan sementara di add di sini 🙂 utk mengucapkn trima kasih.

 

Saya Saharuddin dari season 49..ingin share sedikit saja 😅 setelah mengikuti program ni banyak perubahan yg didapati..bukan sahaja turun berat badan, malah pinggang smakin slim, tu yg best👍🏻 smpai turun 12cm, dan ianya diet yg sihat malah trail sya semakin power.

 

Dan Alhamdulillah saya juga memenangi tempat ke tiga 🎉 Tabarakallah..utk 1st season saya. syukur alhamdulillah. Teruskan dan committed dgn apa yg kita hajati..kerna Allah. InShaAllah semua akan berjaya. 😉

ALNURSHAHIDAH.jpg

Assalamualaikum & salam perkenalan semua...

 

Saya ALNURSHAHIDAH 29 tahun.. Alhamdulillah berjaya lost 15kg dari berat 69.9kg dan sekarang dah lost weight 54kg....dari sesi 61 hingga 67 dengan mengamalkan seperti yang coach saya ajarkan, follow meal plan, jaga water intake dan bergerak aktif setiap hari...

 

Bila duduk nak bangun pun lambat, muka kusam, parut jerawat susah hilang, jerawat naik besar2..Sekarang Alhamdulillah semua dah ok...saya mengucapkan terima kasih kepada team ELWO yang banyak membantu saya dalam pencarian gaya makan sihat, seterusnya menjadi sihat dan mencapai berat ideal.

Anida.jpg

🌻Assalamualaikum..semua. Saya Nor Anida. Berusia  47 tahun dan mempunyai 7 orang cahayamata. Dulu berat saya 65.9kg. Puas saya cuba berdiet dengan tidak bersarapan dan hanya ambik lunch. Berat saya turun tetapi akan naik semula. Kolesterol pun tinggi dan saya sering sakit lutut dan mengantuk masa bekerja.


🌻Saya join program ELWO pada sesi 64. Alhamdulillah...sekarang  sakit lutut dah hilang dan yang seronoknya berat turun.


🌻Terima kasih kepada semua coach yang banyak memberi bimbingan, nasihat dan sokongan untuk terus mengamalkan pemakanan sihat.💐💐💐


Program ELWO ni memang terbaik❤❤❤

saufiah.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sape nak kenal saya dulu dulu. Masyaallah bulat, tembam, gebu gebass.. Saya saufiah berumur 47 tahun. 

❤️Alhamdulillah.. terima kasih pada coach min yang memperkenalkan programe ini kepada saya. Dulu badan berat sehingga 90kg. Selalu ketinggalan sebab sakit kaki dan lutut. Nak berdiri masa solat pun susah. Sakit belakang dan susah bernafas bila tidur, tekanan darah pun tinggi .
 

❤️Tetapi sekarang, Alhamdulillah. Semua masalah dah hilang. Semoga terus sihat dan dapat meneruskan kerja dan ibadah dengan sempurna. InSyaAllah. 

 

❤️Program yang terlalu  banyak manfaat dan ilmu yang dipelajari berguna sepanjang hayat. 

maziah.jpg

Mac 2019 saat pertama mesej coach Linda. Langsung tak tahu pasal program. Terpandang dalam FB hati tergerak utk mesej coach Linda. Macam2 kak tanya dan di jawab oleh coach Linda tanpa jemu.

 

Dgn berat asal 86.2kg, kak maziah memulakan langkah demi langkah. Dengan izin Allah kak maziah bertekad menurunkan berat badan demi kesihatan. Saat itu tekanan darah tinggi, masalah selalu sesak nafas, sakit tumit, kebas2, jantung, buah pinggang  dan mcm2 lg masalah kesihatan. Di tambah dengan stres ank memilih baju2 yg sesuai, selalu di tegur "gemuknya hang la ni", wajah berjerawat berjeragat kusam nampak lebih tua drp usia. Sampai ada yg panggil nenek. 😂.

 

TETAPI.. setelah kak maziah join program bulan ke bulan rejoin dan rejoin. Selalu bertanya coach, selalu ikut kelas yg team coach beri, semakin hari angka pada penimbang semakin menurun. Tidak pernah terjangka akan turun 20kg lebih. Kesihatan semakin baik, wajah semakin cerah, nak bangun duduk solat Alhamdulillah tiada keluhan lg. Baju2 dari saiz 5&4 XL dah jadi L. Hati siapa tak berbunga.

 

Alhamdulillah 20kg lebih telah hilang. Syukur pada Allah. Terima kasih yang tidak terhingga kpd team coach yg tidak jemu2 mencurahkan ilmu. Semoga Allah kurniakan mereka semua kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki selalu.

Faizah.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam perkenalan daripada saya peserta program ELWO, Faizah Faudzi.😊

Setiap orang impikan berat badan yang idealkan? Samalah macam Faizah☺️. Tapi terlalu banyak halangan untuk kurangkan berat badan. Dan paling susah sekali macam mana nak mulakan. Betul tak? 😅.

Alhamdulillah menyertai program ELWO ni pilihan tepat untuk Faizah. Kenapa? Sebab program ni bantu Faizah untuk memahami dengan lebih jelas dan fokus pada misi untuk turunkan berat badan dengan ilmu-ilmu pemakanan yang bermanfaat. Dan of course coach yg hebat2 semuanya sangat2 membantu😉.

Sebulan menyertai program ELWO ni Masyaallah, Faizah berjaya turun 10kg🤩. Sesuatu yang Faizah anggap mustahil untuk Faizah lakukan dalam tempoh sesingkat itu. Memang diluar jangkaan! Seronoknya, rasa lemah, malas, tidak bermaya pun dah berjaya diatasi. Nak exercise pun semakin bersemangat sedangkan sebelum ni macam2 alasan diberi🙊. Semakin hari Faizah semakin cergas dan bertenaga terutama dalam menjalankan tugas sebagai pendidik dan dalam masa yang sama menguruskan ibu yang sakit.

Perjalanan Faizah untuk dapatkan berat badan ideal masih jauh..TAPI Faizah yakin, “TIADA YANG MUSTAHIL”. Jom semua kita sama-sama berusaha capai impian masing-masing!!!

Latifah.jpg

Nama saya Latifah Hanim. Saya berumur 64 tahun dan seorang cancer survivor. Saya telah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi dan selesai rawatan pada Januari 2018. Sekarang, sejak selesai radioterapi, saya menjalani terapi hormon yang akan berterusan selama 5 tahun. Rawatan hormon ini memastikan saya mengambil pil hormon setiap hari dan kesan yang agak ketara ialah selera makan saya naik seiring dengan naiknya berat badan saya.


Apabila berat saya mencecah 61.5kg, saya bertekad untuk berbuat sesuatu bagi menurunkan berat badan saya. Saya tukar corak pemakanan tetapi pada pendapat saya, tanpa bimbingan daripada seseorang yang mahir, saya tidak akan dapat mencapai penurunan yang saya mahu.


Secara kebetulan saya temui laman ELWO semasa browsing internet. Saya hubungi nombor tertera dan pertanyaan dijawab dengan ramah.
 

Saya daftarkan diri untuk program ELWO sesi 61 dan 62. Dalam program ini perserta diberi pengetahuan tentang cara2 pengurusan pemakanan yang sehat. Kami diberi penjelasan tentang bahan2 makanan yang patut diambil dan yang mesti dielakkan sekiranya mahu pencapai target.

 

Di samping itu meal plan juga disediakan dan peserta disarankan mengikut meal plan, meletak foto masakan kami di group whatssap dan coach akan membuat penilaian sama ada porsi yang kita buat itu betul atau tidak. Ini banyak membantu kami dalam membuat pilihan makanan yang berkhasiat dan juga porsi yang bertepatan.


Semasa saya menulis ini, saya masih bersama ELWO dalam sesi ke 64. Walaupun sudah mencapai target 55 kg, saya masih mahu bersama team ini untuk pemantauan yang berterusan.
Badan saya terasa ringan. Lemak di perut, di lengan banyak berkurangan. Sebelum ini saya mengalami lymph edema di lengan sebelah kanan kesan daripada rawatan radioterapi. Alhamdulillah, bengkak telah mengecil dan lengan saya hampir menjadi normal.

 

Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga pada team ELWO kerana banyak membantu saya dalam pencarian gaya makan sihat, seterusnya menjadi sihat dan mencapai berat ideal.

norliza.jpg

TURUN BERAT PERLU SABAR DENGAN PROSES

Saya perkenalkan diri saya yer 🤭Saya K. Liza. Umur K. Liza 54 tahun. Sebelum joint program ni, K. Liza rasa diri ni sangat tua. Sholat duduk di kerusi, duduk di lantai nak bangun pun susah, jalan sikit dah Penat, naik tingkat satu kat office pun dah tak larat. Setelah joint utk 21 hari pertama, byk perubahan. Sholat sudah sempurna. Kini setelah berat turun 13kg, semua masalah tadi telah selesai. Alhamdulillah Tabarakallah. K. Liza boleh dan sudah tentu teman2 yg baru pun boleh. Jangan risau dalam program ni kita tak lapar. Makan makan kurus🥰

Tkasih kak liza atas keizinan utk sharing sbg testimoni dgn niat hati nya supaya dpt beri inspirasi pada yg lain bahawa hakikatnya kurus tak susah sekiranya ada ilmu.. dan belajar.

ANDA BOLEH TURUN BERAT TANPA SENAMAN, 💃🏻TAPI ANDA TAK BOLEH TURUN BERAT TANPA DIET YANG BETUL🙅🏻‍♀️

Siti.jpg

Saya Pn. Siti Khalid, berusia 50 tahun. Ibu kepada 5 orang anak dan 5 cucu.

 

Masalah depresi yang saya lalui membuatkan berat badan saya bertambah hampir 10kg mencecah ke 68kg. Saya rejoin pada sesi 56 dengan berat 65.2kg. Dengan penurunan hampir 5kg untuk 2 sesi ini membuatkan saya berazam untuk terus bersama ELWO.

 

Yang paling menggembirakan, saya tidak perlu lagi consume ubat darah tinggi.  Ye, saya pengidap darah tinggi sebelum ini. Atas arahan doktor saya tak perlu lagi memgambilnya. Tiada yang mustahil jika kita bersungguh.

 

Moga saya terus istiqomah untuk mencapai ideal weight saya !

testimoni1.jpg

Alhamdulillah syukur sgt2, dari size XL- kini boleh size M (lebih selesa) .. dulu x pernah berangan nak pakai size M.. now nak target size S pulak.. mmg kena betul2 cabar diri... 


Saya Join daripada sesi 52 dgn berat 72.45 now berat dh mencecah 60.8kg.. syukur sangat dipertemukan dengan group ni dan coach yg sangat2 membantu.


Sebenarnya, kadang2 rasa seperti ada pembakaran terbuka bila tengok kwn2 dalam setiap sesi turun banyak.. itu yg buat diri semakin istiqamah utk turunkan berat... .


Alhamdulillah yang paling best skrg, perut dah kurang angin kalau tersalah makan, period pain pun dah makin berkurang dan migrain pun semakin baik.. syukur sangat2 sebab semakin sihat.. kurus mmg 1 bonus bila dah sihat..

 

Terima kasih atas nasihat coach semua dan moga kami terus istiqamah.. .
Azima 🥰

testimoni2.jpg

Alhamdulillah akak telah berjaya menamatkan sesi 57 dangan rasa syukur dan berteriman kasih kepada semua coach yg banyak memberi semangat dan pengetahuan baru..

 

Akk mula pada sesi 56 pd berat 80 kg dan sesi 57 dgn berat 70.9 kg..😊 .
 

Syukur sangat..aķk akan terus istiqomah pada sesi seterusnya agar mencapai berat badan yang ideal..InShaAllah..💪

testimoni3.jpg

KISAH SAYA TURUN BERAT DARI 73KG KEPADA 55KG SECARA ONLINE HANYA DARI RUMAH 


Alhamdulillah saya berjaya turun berat sebanyak 18kg dengan CARA YANG BETUL DAN SIHAT. Saya sama sekali tidak pernah menyangka saya akan turun sebanyak ini.. Suami pun turun sebanyak 13kg walaupun hanya terkena ‘tempias’ sahaja.

Dulu sebelum kurus, saya biasa pakai baju hanya XXL atau XXXL sahaja. Tapi bila berat turun kepada 55KG baju saiz S pun pinggang longgar..Ohh sungguh tak percaya saya boleh pakai baju SAIZ S. Diet dengan ilmu yang betul dan cukup nutrisi menjadikan badan saya lebih ‘reshape’ berbanding dulu.

Dulu berat badan saya hampir mencecah 78kg, pada waktu itu saya sangat ‘enjoy’ makan. Pagi nasi lemak, mee goreng, tengah hari makanan ayam goreng, ikan goreng, gulai daging, budu, sambal belacan wajib. Makan malam perghh nasi goreng kampung + air milo, sup tulang. Nak solat pun kadang tu rasa payah, lutut selalu sakit, peha ‘bergesel’ sebab ‘melimpah’..huhu orang yang pernah gemuk dia pasti ada pengalaman ini.

Pernah saya ditanya makcik bawang “nak makcik tolong carikan ubat kurus? Tak takut suami tinggal ke?” saya jawab “memang saya dah beri izin suami kawin lagi sejak awal kawin lagi”hehe.. ada juga makcik yang tegur direct “kenapalah tak jaga badan sampai gemuk sangat” dan juga “ko tengok dia tu gemuk gedempol sekarang”, sambil memberitahu kepada anaknya yang badan seperti anak dara walaupun dah ada anak.

Semua tu saya tak kisah..Sehinggalah saya mengandung anak kedua, saya disahkan KENCING MANIS. 😞teruk sangat ke cara aku makan selama ini itu yang slalu saya fikir. Suami pula sakit gout .. Disitulah bermulanya kesedaran untuk diet. Sebab saya nak SIHAT suami isteri. Saya pernah cuba beberapa ubat kurus, namun tidak berapa berjaya. Turun hanya seketika, kemudian naik semula sebab diet berilmu. Bergantung ubat kurus. KESEDARAN sahaja tidak cukup, saya perlukan ILMU.

 

Saya pun start ‘google’..dan cuba diet lagi hinggalah saya jumpa kawan lama saya sama belajar, coach lin. Saya terus join progrm ELWO dengan ikut segala arahan coach. Alhamdulilllah saya dapat hasil yg saya nak. Inilah teknik kurus secara sihat yang sangat BERKESAN!!

Iaitu kombinasi KESEDARAN + ILMU + DISIPLIN

cthajar.jpg

Saya CT Hajar. Sejak saya join program ni saya dah turun 10kg !! dan saya target 4kg Lagi untuk sesi 52 ni bagi mencapai berat badan yang ideal🔥💪. 
   

Saya join program ni disebabkan Saya mempunyai masalah kesihatan yang sangat kritikal dan berat badan yg semakin meningkat. 
     

Alhamdulillah Syukur sangat sejak saya join program ni Kesihatan Saya semakin baik dan Berat badan pun semakin  turun. Kulit pun makin sihat dan makin bertenaga serta aktif.


      Terima kasih kepada semua coach2 yang sangat HEBAT dalam mengajar Saya tentang pemakanan sihat.


        Saya boleh.. anda pun mesti boleh.
    💪💪💪😊. 🥰🥰.

norlia.jpg

Assalammualaikum. Saya kak noriah umur 53 tahun, asal Melaka. Sekarang menetap di kuala selangor. Mula join dis 2018 .

 

Masa mula join berat akak 101.6 kg, sakit lutut dan tak boleh solat berdiri, Sekarang syukur Alhamdulillah, Tabarakallah lutut dah tak sakit dan solat dah boleh berdiri.

 

Terima kasih pada my lovely coach yang cun  coach linda 🥰🥰🥰

kak zam.jpg

Assalamualaikum dan salam sayang semua. Kenalkan diri, saya Zamzarina. Berusia 44 tahun. Ibu kepada 4 orang anak berusia 21 tahun, 18 tahun, 14 tahun dan 9 tahun.

Tujuan utama saya menyertai Program ELWO adalah untuk ingin kembali sihat

Pada Disember 2020, saya diserang penyakit darah tinggi secara tiba-tiba. Warna urine saya berubah menjadi merah dan berbuih. Fungsi buah pinggang saya merosot ke tahap 3B Punca nya adalah disebabkan saya stress melampau, kurang tidur dan tidak menjaga pemakanan saya ketika itu. Risaunya hati saya hanya tuhan yang tahu. Atas nasihat doktor, saya perlu menjalani gaya hidup. Perlahan-lahan saya mula tukar tabiat pemakanan saya. 

Saya bermula dalam program ELWO mulai sesi 75 pada Februari 2021. Berat badan saya mencecah hampir 70kg. (Tinggi 158cm). Saya sangat excited hanya dalam tempoh 5 hari saya berjaya turunkan 3.15kg!!! Coach saya adalah Coach Azah yang sangat supportive dan sentiasa memberi semangat untuk saya.🌹❤️

Terlalu banyak ilmu tentang pemakanan dan gaya hidup sihat yang saya dapat di dalam Program ELWO. Ianya sangat membantu dalam proses penurunan berat badan saya. Kini saya telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 8.4kg dalam tempoh tidak sampai 4 bulan!! Sesuatu yang tidak pernah saya jangka. 

Tahap kesihatan saya juga semakin baik. Perubahan yang paling ketara adalah warna urine saya berubah menjadi jernih semula. Syukur alhamdulillah. Impian saya hanyalah untuk menjadi lebih baik dari diri saya sebelum ini. Dapat menjalani kehidupan sihat sepanjang hayat di samping keluarga yang sangat saya sayang. 

Semoga juga dapat memberi inspirasi dan menjadi insan yang dapat memberi nilai kepada insan lain. InshaAllah. Aamiin YRA. 

SIHAT ITU NIKMAT YANG TIDAK TERNILAI❤️

Program Diet Sihat 💯 ONLINE

👨‍👩‍👧‍👦 Makan 5-6 kali sehari 😘
🔁 Konsep Diet Tanpa Berlapar

🥳 Menikmati Makanan Sihat Secara Berjemaah

😍 Pantauan Dari Coach Sepanjang Hari
💖 Topik Coaching

📝 Meal Plan Zig Zag (resepi lengkap untuk sebulan)

📱Video Combo Workout

🚫 KNOWLEDGE ALONE IS NOT POWERFUL  

✅ APPLICATION IS WAY MORE POWERFUL 🔥

transform peserta elwo linda 2.jpg

© 2021 by Coach Linda

bottom of page